Feeds:
Kiriman
Komentar

Arizona Diamondbacks\' Doug Davis throws a pitch against the Los Angeles Dodgers in the first inning of a baseball game Tuesday, April 8, 2008, in Phoenix. For Davis it is his last start prior to having cancer surgery on April 10. (AP Photo/Ross D. Franklin)

Arizona Diamondbacks’ Doug Davis throws a pitch against the Los Angeles Dodgers in the first inning of a baseball game Tuesday, April 8, 2008, in Phoenix. For Davis it is his last start prior to having cancer surgery on April 10. (AP Photo/Ross D. Franklin)

2 hours ago

PHOENIX (AP) — Arizona left-hander Doug Davis could return from thyroid cancer and pitch in four to six weeks, the doctor who performed the surgery said Friday. Dr. Bob Evani said the survival rate for this type of cancer is near 100 percent.

“No one wants to get cancer. No one wants to hear the `C’ word,” Evani said. “But if you had to pick a cancer to get, nowadays this is the one to take because it’s so easily treatable.”

In the 3 1/2 to four hours of surgery on Thursday, Davis’ thyroid and surrounding tissue were removed. The pitcher was released from the hospital on Friday morning.

In about two weeks, an iodine scan will be done to detect any remnants of cancer, then Davis will be given a radioactive pill that will finish off the disease, the doctor said.

Evani said the earlier estimate by Davis that he would be out four to six weeks was reasonable.

“I even told him he could start playing catch next week if he felt up to it,” Evani said.

Davis won’t be able to return to pitching, though, until medication to replace the substances produced by the thyroid restore his strength.

“The thing that’s going to keep him from pitching at the level he needs to pitch is not the surgery and not the recover from the surgery,” Evani said. “It’s really his body’s ability to regain the necessary strength and endurance that that hormone was providing him.”

 

Retro Laptop

Beautiful laptop designed in retro style. It looks so simply but so elegant. I think that everyone would like to own laptop of this kind. Take a look at pictures and see how cool and beautiful this laptop is.









ATM users be cautious

Dear All,

I would like to share a real life story with all my friends and especially all my colleagues and all Maybank account holders.

This incident happened on today evening (1 April 2008). I went to the PJ State (Also known as PJ New Town) Maybank to withdraw RM500. Unfortunately for me, only 9 RM50 notes came out instead of 10.

What happened was, one of the RM50 notes was folded exactly in half and placed at a corner of the stack (Please refer to the attached pictures showing how two RM50 notes can be counted as three).

I was so upset because I have no proof that the ATM did not give me the correct amount. After much hesitation, I finally decided to call Maybank to complain about the incident knowing that I may not get back my money. But at least I can caution them of such incident. When I told of my situation to the Maybank Customer Service Representative, to my surprise, I was informed that I’m not the first victim. It seems that similar cases have occurred before. The lady explained that it is the malfunction of the ATM and the money may accidentally get folded in half. However when questioned, she was unable to explain to me why the money can be folded exactly in half and placed nicely in the corner of the stack.

I believe this is the new technique of cheating money, done by the people who are responsible of placing the money into the ATMs. In the stack of money which is to be placed into the ATM, one RM50 note is folded nicely in half, for every one note taken out of the stack of money. The folded RM50 notes are then placed at the edge of the stack and positioned in the ATM where the money would be counted. With that done, every one folded note would be counted by the machine as two notes.

I may be wrong about how and why it happened, but I would like to warn everyone about this incident. Please be careful when withdrawing money from the ATM (it may happen to other banks as well) and do count your money to be sure. If such an incident really happened to you (*touch wood*), please do call up the bank to complain about this. If everyone keeps quiet about this, the bank may be unaware of such incidents and the people responsible may just continue doing what they do without getting caught! Even if it is actually because of the ATM malfunctioning, the bank should know about this and there is also a chance of you getting your money back.

Best Regards,

Natalie Tan

From: Stephany Loh
Sent: Friday, April 04, 2008 11:03 AM

 

 

 

Manusia Istidraj

Taken From : http://fauzynm.e-belia.net/Nasihat/Nasihat350/nasihat350.html

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s. a. w. bersabda :”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj – Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. “Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong.” Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s. a. w bersabda: “Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya” (Kitab Nasaibul’Ibad)

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.

Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahualam.

 

Ya Allah, semoga hubungan aku dan isteri ku bahagia & berkekalan dunia & akhirat.. AMIN!

  • Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.
  • Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
  • Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau am alan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
  • Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
  • Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?
  • Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
  • Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
  • Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
  • Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
  • Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
  • Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.
  • Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
  • Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil?
  • Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.
  • Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumahtangga terancam.
  • Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.
  • Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
  • Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
  • Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?
  • Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
  • Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumahtangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
  • Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
  • Gunakan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumahtangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
  • Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.
  • Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
  • Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.
  • Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
  • Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka. Cuba tanya apa lagi khidma t tambahan yang patut berikan kepada keluarga.
  • Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
  • Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa ter hadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.
  • Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad s.a.w. amat pemalu, pemaaf, peka, endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.
  • Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.
  • Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar, memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.
  • Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?
  • Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan untuk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.
  • Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlah ilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.
  • Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.
  • Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.
  • Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.
  • Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.
  • Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel untuk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.
  • Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.
  • Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.
  • Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.
  • Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.
  • Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah, suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.
  • Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.
  • Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.
  • Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.
  • Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riadah, berdiet, hentikan merokok, bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

 

Menerima kau pergi (Ost. Andai Ku Tahu ) – Acha & Irwansyah
URL sumbangan kekawan kita ::Na_143 – TQ
Muaturun, klik jerr tajuk lagu..
Menerima Kau Pergi-Acha & Irwan Syah

ku punya rasa tak terungkapkan
hanya dalam memori hati dan benak ku simpan
berat menerima kau pergi
tanpa alasan juga kau buat aku.. bertanya…

beribu senandung yang ku nyanyikan
pelipur lara basuhkan dahaganya sukaku
kata termanis hanya untuk dia kekasih sepanjang hidup
ku masih merindukannya.. haa aa…

apakah ku amat berarti di mata engkau
telah ku ukir wajahmu lama dalam hati aku
namun kau hilang dan takkan kembali juga
ku merasa sepi, ku sendiri…

beribu senandung yang ku nyanyikan
pelipur lara basuhkan dahaga sukaku
kata termanis hanya untuk kekasihku
ku masih merindukannya.. haa aa…

apakah ku amat berarti di mata engkau
telah ku ukir wajahmu lama dalam hati aku
namun kau hilang dan takkan kembali juga
ku merasa sepi, ku sendiri…

namun kau hilang dan takkan kembali juga
ku merasa sepi, ku sendiri…

Label: ,

Beyonce & Shakira – Beautiful Liar
URL sumbangan kekawan kita ::anna hs – TQ
Muaturun, klik jerr tajuk lagu..
Beyonce & Shakira – Beautiful Liar
- tiada lirik, ada sumbangan? -

 

 

Label: ,

Sayang Sayang – Aliff Aziz
URL sumbangan kekawan kita ::Na_143 – TQ
Muaturun, klik jerr tajuk lagu..
Sayang Sayang – Aliff Aziz
Masaku teringat akan dirimu
Ada sesuatu begitu mengganggu
Diam-diam aku menyukaimu
Bermimpi bila kau jadi milikku

Jauh di dasar hatiku
Inginku ku teriak…
Aku cinta kamu!

Sayang, sayang, sayang
Kamu dah berpunya
Tertutup sudah bagiku kesempatan

Dan bukan gayaku
Rebut pacar orang
Meski hati tulus
Cerita berakhir tak senang

Aku tahu akan sulit bagiku
Mencari-cari pengganti dirimu
Tapi bagi lelaki macam aku
Tak mau berakhir kerna begitu

Jauh di dasar hatiku
Inginku teriak
Aku cinta kamu!

Sayang, sayang, sayang
Kamu dah berpunya
Tertutup sudah bagiku kesempatan

Dan bukan gayaku
rebut pacar orang
Meski hati tulus
Cerita berakhir tak senang

Tak mungkin, tak mungkin
Aku menyerah hanya kerna tak dapatkan kamu
Meski jauh di dasar hatiku
Ingin ku teriak
Aku cinta kamu!

Sayang, sayang, sayang
Kamu dah berpunya
Tertutup sudah bagiku kesempatan

Dan bukan gayaku
Rebut pacar orang
Meski hati tulus cerita berakhir tak senang

Sayang, sayang, sayang
Kamu dah berpunya
Tertutup sudah bagiku kesempatan

Dan bukan gayaku
Rebut pacar orang
Meski hati tulus
Cerita berakhir tak senang,
Cerita berakhir tak senang

Label:

Raja Lawak

Lagu Kompilasi Raja Lawak
URL sumbangan kekawan kita ::KerepeK – TQ
Muaturun, klik jerr tajuk lagu..
Lagu Kompilasi Raja Lawak
- suka tengok raja lawak :) -

Label:

Rihanna

Don’t Stop The Music – Rihanna
URL sumbangan kekawan kita ::kyo suke – TQ
Muaturun, klik jerr tajuk lagu..
Don’t Stop The Music – Rihanna
- tiada lirik, ada sumbangan? -

Label:

Pop Shuvit

Marabahaya – Pop Shuvit
URL sumbangan kekawan kita ::Na_143 – TQ
Muaturun, klik jerr tajuk lagu..
Marabahaya – Pop Shuvit (OST Impak Maksima)

Chorus
Jauh ku meluncur jauh semakin jauh
Kanan kiriku tiada hanya di depanku
Laju ku laju dan tuju kan ku tuju
Hujung garis ku tawan terhitam putihlah jajahku

Verse Rap 1
Gerak ku berani melawan waktu
Aksiku buat lemah jantungmu hingga biar detik terkelu
Daerah ini telah terpatri dalam urat sendi naluri hati

Mengalir dalam diri harakiri ku berani mati
Segala angin lintang jalan bersimpang mati
Terbakar obor terbuka api terus ku tanpa tetapi tiada bertepi

Chorus

Verse Rap 2

Susun catur atur gerak pandai

Kendera diubahsuai perisai bijak dan pintar
Tegak berdiri atau terbiar baring terlantar
Angkuh menempuh semangat berkobar-kobar

Merebut gelar kejar-mengejar genggam menggegar tayar bergetar
Amuk merasuk menggempar litar
Nitrus oksida liar membakar

Chorus

Bridge
Menentang arus marabahaya
Melawan harus marabahaya

Label:

Anuar Zain

Anuar Zain – Ketulusan Hati
URL sumbangan kekawan kita ::KerepeK – TQ
Muaturun, klik jerr tajuk lagu..
Anuar Zain – Ketulusan Hati
- tiada lirik, ada sumbangan? -

Label:

Alicia Keys

No One – Alicia Keys
URL sumbangan kekawan kita ::kyo suke – TQ
Muaturun, klik jerr tajuk lagu..
No One – Alicia Keys
- tiada lirik, ada sumbangan? -

Label:

Hujan

Hujan – Pagi Yang Gelap
URL sumbangan kekawan kita ::RiNa ZaiNoN – TQ
Muaturun, klik jerr tajuk lagu..
Hujan – Pagi Yang Gelap

Lebih tua dariku
Harap sabar menunggu
Kepulanganmu ku tunggu
Bukan maksudku mendiam
Tiada niat menyimpan dendam
Hakikatnya rindu yang mendalam
Jalan ini kan membantu
Hari esok siapa yang tahu
Kata ibu dengar sahaja
Cerita hanya kita berdua
(Chorus)
Pagi yang gelap
Kini sudah terang
Aku adikmu
Dan engkau abang
Aku amat merindui kamu
Pagi yang gelap
Kini sudah terang
Aku adikmu
Dan engkau abang
Inginku ulang ke masa dulu
Tak akan putus hubungan kita
Tarik nafas lega kerna aku tak apa-apa
Jalan ini kan membantu
Hari esok siapa yang tahu
ata ibu dengar sahaja
cerita hanya kita berdua

Label:

Mulan Jameela

Mulan Jameela – Makhluk Tuhan Paling Seksi
URL sumbangan kekawan kita ::RiNa ZaiNoN – TQ
Muaturun, klik jerr tajuk lagu..
Mulan Jameela – Makhluk Tuhan Paling Seksi
- tiada lirik, ada sumbangan? -

Label:

Elyana

Elyana – Ku syukur Ku Sedar
URL sumbangan kekawan kita ::RiNa ZaiNoN – TQ
Muaturun, klik jerr tajuk lagu..
Elyana – Ku syukur Ku Sedar
Mata ku pejam
Untuk ku tahan
Tangis ku ingin
Berpanjangan Makin ku lawan
Makin ku ronta
Tangisku luruh
Bercucuran
Bridge:
Berkilau cahaya di ufuk pandangan
Masih ku nampakkan
Wajahmu…yang ku rindu-rindukan
Chorus 1:
Baru ku sedar kenapa tercipta kesepian
Kenapa hidup harus berpasangan
Kerana Tuhan mahu menyatakan
CintaNya…
Kepada kita insan…
Makin ku lawan
Makin ku sedih
Tangis ku tangis
Berlarutan
Bridge:
Sandaran asmara
Hanyalah harapan
Esok ku dambakan
Di sisimu…
Tak lagi ku angan..
Chorus 2:
Baru ku sedar kenapa tercipta kesepian
Kenapa hidup harus berpasangan
Kerana Tuhan mahu menyatakan
CintaNya…
Kepada kita insan…
Syukur kusedar sebelum bercerai nyawa badan
Sempatlah diri buat perhitungan
Janganlah pulang dengan kekesalan
Cintanya…tak pernah ku agungkan

Label:

besday-ain.jpg                    img_0293.jpg      

4th Birthday Nurul Ain              Azri, Asyraf, Hafiz & Nurul Ain      

                     

  img_0292.jpg                        img_0260.jpg

  Kembar, Angah, Adik                    Ain di Taman Rempah

img_0257.jpg                               img_0258.jpg            

Graduation Nurul Ain                       Covocation Nurul Ain di Melaka Mall

Ayah & Ibu

     nurul-ain-002.jpg          Februari                 

17th Februari, 1945

AYAH

Berfikiran abstrak.

Sukakan benda yang realiti dan abstrak.

Bijak dan pintar

Berpewatakan yang mudah berubah.

Mudah menawan orang lain.

Agak pendiam.

Pemalu dan rendah diri.

Jujur dan setia pada segalanya.

Keras hati untuk mencapai matlamat.

Tidak suka dikongkong.

Mudah memberontak apabila dikongkong.

Suka kegiatan yang lasak.

Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.

Mudah mempamerkan marahnya.

Tidak suka benda yang remeh-temeh.

Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.

Sangat berani dan suka memberontak.

Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.

Pemerhatian yang tajam.

Suka hiburan dan sukan.

Suka benda yang bersifat seni.

Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.

Berkecenderungan pada benda yang tahyul.

Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.

Belajar untuk mempamerkan emosi

  nurul-ain-001.jpg            OKTOBER     

30th  Oktober  1949 – 16th July 2005

IBU

 Suka berbual.

Suka orang yang sayang padanya.

Suka ambil jln tengah.

Sangat menawan & sopan santun.

Kecantikan luar & dalam.

Tidak pandai berbohong & berpura-pura.

Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.

Sentiasa berkawan.

Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.

Cepat marah.

Macam pentingkan diri sendiri.

Tidak menolong orang kecuali diminta.

Suka melihat dari perspektifnya sendiri.

Tidak suka terima pandangan orang lain.

Emosi yang mudah terusik.

Suka berangan & pandai bercakap.

Emosi yang kelam kabut.

Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).

Suka melancong, bidang sastera & seni.

Pengasih, penyayang & lemah lembut.

Romantik dalam percintaan.

Mudah terusik hati & cemburu.

Ambil berat tentang orang lain.

Suka kegiatan luar.

Orang yang adil.

Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.

Mudah patah semangat

                                           

img_0084.jpg

 Assalamualaikum,

Kalau nak tau ni gambar anak teman Nurul Ain dengan anak kawan teman (Kak Rushayati) Yaya nama anaknya. Teman berkawan ngan Kak Rus ni dah lama sejak teman masuk MMU nie dari tahun 1997, boleh dikatakan dah hampir 11 tahun persahabatan teman ngan Kak Rus ni. Susah senang teman ceritakan pada Kak Rus, nasib baik Kak Rus nak juga dengar masalah teman. Teman berkawan sejak kerja di Melaka sehinggalah teman pindah ke Cyberjaya. Pengalaman teman berkerja di Cyberjaya seronok sangat, tapi masa tu teman tinggal dalam kawasan MMU (Apartment MMU). Ini lah kawan teman satu2 nya yang rapat ngan teman, yang boleh bergurau ngan teman dan boleh dibawa berunding ler ngan teman. Teman nie kalau nak kirakan kawan ramai tapi semuanya dah berkahwin dan berpindah ke tempat suami. Pengalaman yang teman tak dapat lupakan ialah masa teman baru berkahwin dan kena pindah ke Kampus MMU di Cyberjaya, masa tu teman asik menangis je sebab teman terkenangkan mak dan ayah teman, sampai suami teman pun ikut menangis teringatkan mak dan ayah dia pulak. Tapi masa di Cyberjaya teman dan suami tak lah lama tinggal di Apartment MMU tu sebab suami teman dah ditukarkan ke Bahagian lain jadi terpaksa le teman pindah ke luar. Masa tu nasib baik teman cepat dapat rumah sewa di Puchong, seronok juga tinggal di luar kawasan MMU….tak lah rasa macam terkongkong hidup macam bawah tempurung. Masa teman tinggal di Puchong lah teman dapat anak. Masa tu teman punya suka sehingga tak terkira, semua benda dan barang baby teman beli, yang sedihnya masa umur anak teman 9 bulan ke 1 tahun kalau tak silap teman…..anak kesayangan teman masuk hospital di Sunway Medical Centre, Selangor. Anak teman kena operation diatas kelopak mata sebab ada ketumbuhan kecil. Masa kena admitted tu teman punya gelabah tak terkata….nasiblah ada suami teman menenangkan teman. Tapi tu lah pertama kali teman duduk di hospital menjaga anak teman selama 4 hari. Nasib semuanya berjalan lancar dan tiada apa-apa yang tergendala. Doktor dan semua staff nurse baik-baik belaka. Ini lah gambo anak teman masa umurnya 1 thn 6 bulan, anak teman belajar berjalan masa

                                                               nurul-ain-004.jpg 

berumur 9 bulan. Gambar ni masa teman sekeluarga bersama-sama adik teman sekeluarga berjalan-jalan di KL. Teman selalunya teman akan berjalan masa cuti sekolah, teman bawa adik teman sekeluarga ke Time Square memang best tempat tu ….. tapi bab nak masuk memang mahal harganya. Tapi hidup di bandar KL ni memang main duit saja, semua tempat nak kena duit….nak kencing di bandar KL pun kena bayar kat shopping center pun kena bayar juga bila nak buang air. Pada hal kita buang air kita bukan buang air depa,,,, tu pun kena bayar juga…..pendek kata semuanya kena bayarlah. Teman rasa setakat ini sahaja lah penceritaan teman buat kali ini…. ada masa nanti teman sambung lagi…..teman nak buant kerja ni, teman cuma meluangkan masa sebab teman mengantuk buat kerja.

bersambung……. 

Hingga Hujung Nyawa

mosaicbis22.gif

img_0020.jpg

Nurul Ain,

Hidup kami kau sinari,
Malam kami kau terangi,
Siang kami kau payungi,
Bangun Ayah, bangunlah Umi,
Kau sebutkan di telinga kami,
Suatu hari kau kan pergi,
Menerus dan mengurus hidupmu sendiri,
Apa dipelajari jadikan sendi,
Tinggal kami bersendiri memerhati,
Berdoa dan bermunajat sepenuh hati,
Jadilah engkau insan yang berperi,
Rambutmu, matamu, bibirmu tautan hati
Senyummu, bicaramu, tawamu pengubat sakti
Walau apa pun yang terjadi
Kau tetap tersemat didalam hati sanubari.

Hasil nukilan dan ciplakan

Meor

Nurul Ain Slideshows

 Ain Comel

Salam,

Aku sebenarnya tak berapa tahu menggunakan atau mencipta blog sendiri, ini pun aku cuba jer !!! entah betul entah tidak aku tetap buat untuk puaskan kehendak hati tapi bukan naluri aku. nak citer sket pasal aku nie,,,, aku nie kalau nak diikutkan bukan suka buat benda2 yang tak mendapat menafaat ni tapi disebabkan aku berkerja di salah sebuah IPTS yang boleh dikirakan terbesarlah dalam Melaka ni. MMU itulah tempat aku menjalankan tugasan harian yang dipertanggungjawabkan kepada aku…..dah hampir 11 tahun perkhidmatan aku di IPTS ini tetapi aku tetap gagah melalui liku-liku kehidupan yang sederhana demi menyara kehidupan aku dan juga membantu suamiku untuk memberikan kehidupan yang selesa pada anak kesayangan kami Nurul Ain.

Nurul Ain…..satu nama yang sentiasa bermain dibibirku, difikiranku, dihatiku dan aku sentiasa membayangkan anak kecil ini akan membesar dan terus membesar dihadapan mataku. Aku akan memberi harapan yang tinggi padanya dan akan menjadikan dia seorang insan yang berguna dimata masyarakat dan keluargaku. Aku amat menyayangi dia dengan sepenuh hatiku….itulah satu-satunya buah hati pengarang jantungku. Aku dan suami menjaga dan membela dia macam menatang minyak yang penuh. Suamiku sungguh sayang terhadap dia dan menaruh sepenuh harapan yang Nurul Ain akan berjaya suatu hari kelak.

bersambung

img_0250.jpg

Inilah buah hatiku bersama ayahnya….sama rupanya kan. Suami tercinta anakanda tersayang…..kedua-duanya adalah penyambung nyawaku. Sekarang Ain dah berusia 6 tahun dan belajar Pra Sekolah di Sek. Datuk Palembang, Bukit Baru disamping itu Ain juga mengikuti kelas Mahaad Tahfiz di Batu Berendam. Cuti Sekolah yang akan datang nanti Ain akan mengikuti Kem Ibadah Pelajar Siri 1 di Masjid Al-Alami MITC Negeri Melaka. Aku berharap Ain akan cepat belajar apa yang dipelajarinya nanti. Ain merupakan seorang budak yang cergas, pintar, cerdik dan terlebih aktif. Kalau nak diceritakan memang tak kan habis pasal Nurul Ain.

Ain rapat dengan semua sepupunya, walaupun dia seorang saja anak dara dalam family tapi semua abang sepupu sangat menyayangi dia seperti adik mereka. Ain rapat dengan Haikal (anak adik aku le) yang tinggal di Batu Berendam. Walaupun adik ipar aku berkerja di Sudan tetapi adik aku nie memang seorang yang pantas dan aktif. Dialah jadi ibu dan bapa semasa suaminya tiada, menguruskan anak-anak dah jadi kebiasaannya. Melayan 3 orang wira yang hebat memang memenatkan dari pagi sehinggalah terbenamnya matahari. Tetapi dia tetap tabah mengharunginya walaupun seorang diri tanpa suami yang jauh mencari rezeki.

inilah gambar ain bersama abang sepupunya (anak buah aku yang terhebat). Mohd Ridzwan, Mohd Hafizudin dan Mohd Hazril Haikal. Umi sayang kamu semua muuuaaahhhhh

img_0149.jpg

Cinta Kain Putih

wanita1_t2.jpg

 CINTA KAIN PUTIH


Ku jalan sendiri tiada tempat
Untuk menanti
Tiada mu aku menyepi
Bayanganmu aku mencari…


Ku sangkakan hujan
Tapi taufan datang melanda
Ku mencari tanpa pegangan
Dan tersungkur di ketepian

Kain putih yang kuberi padamu
Kini pudar warna-warnanya
Kuselimut di atas ikal rambutmu
Kian jatuh terus cecah ke bahu…


( korus )
Ku mencari bayangmu tiada
Di langit biru di lautan api
Kau hilang dan semakin jauh
Hujung dunia kita berjumpa

Bila ku lihat kau dihancur
Bagaikan luruh bunga yang gugur
Kusunting dirimu
Kan kugenggam hatimu itu
Kan kujaga wahai bungaku
Kau kan tumbuh subur mewangi


Kau mekarlah wahai mu bunga
Subur mewangi didalam hati
Jgn gugur sekali lagi
Bila kau jatuh terus menyepi